525 ASNAF HULU SELANGOR MENERIMA SUMBANGAN AIDIL FITRI
Hulu Selangor, 27 Februari 2026 - DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj mencemar duli ke Majlis Ihya’ Ramadan dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya 1447H Daerah Hulu Selangor di Masjid Jamek Sungai Tengi.
Baginda berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada 525 asnaf terdiri daripada 99 fakir, 355 miskin dan 71 muallaf. Setiap penerima menerima RM500 dengan jumlah keseluruhan RM262,500.
Usai majlis, Baginda bersama rakyat berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib, Isyak serta Solat Sunat Tarawih.
Turut hadir Yang Dipertua MPHS, YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin ; Ahli Majlis Kawasan, Puan Rohani binti Yusof, serta beberapa ahli majlis dan para pengarah jabatan MPHS.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon
















