MAJLIS AKRAB MAHABBAH INSANI RAMADHAN
YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS telah menghadiri Majlis Akrab Mahabbah Insani Ramadhan yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor bertempat di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam.
Majlis yang diadakan sempena bulan Ramadhan ini merupakan medan pertemuan untuk mengeratkan ukhwah silaturrahim warga penjawat awam Negeri Selangor bersama pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.
YAB Dato' Seri Amirudin bin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor telah menyampaikan amanat beliau dan menyeru agar penjawat awam sentiasa meningkatkan prestasi penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Turut diadakan ialah tazkirah Ramadhan dan majlis berbuka puasa.
YBrs. Puan Dewi Dirwana binti Munasir, Setiausaha MPHS dan Pengarah-pengarah Jabatan MPHS turut hadir pada majlis tersebut.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon
















