Program Ziarah Ramadan 2026

PROGRAM ZIARAH RAMADAN 2026
Hulu Selangor, 28 Februari 2026 – Program Ziarah Ramadan 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama Ahli-Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Program ini melibatkan penyertaan seramai 25 orang Ahli Majlis yang masing-masing menyampaikan sumbangan kepada 25 orang penerima bagi setiap zon kawasan seliaan. Pelaksanaan program ini bukan sekadar bertujuan menyampaikan bantuan, malah merupakan manifestasi keprihatinan, tanggungjawab sosial serta komitmen berterusan pihak MPHS dalam memastikan kebajikan masyarakat sentiasa dipelihara, khususnya sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Turut hadir dalam sesi penyerahan sumbangan tersebut ialah:

- Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS

- Puan Dewi Dirwana binti Munasir, Setiausaha MPHS

- Puan Nurulhuda Ahmad binti Khairuddin, Ketua Jabatan Pembangunan Masyarakat, MPHS

Pihak Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada rakan strategik, Segi Value Holdings Sdn Bhd atas sokongan berterusan serta sumbangan barangan keperluan yang amat bermakna kepada para penerima.

Semoga usaha murni ini menjadi asbab kebaikan, memperkukuh ukhuwah serta menyemai semangat kebersamaan dalam kalangan warga Hulu Selangor. Ramadan bukan sekadar bulan menahan lapar dan dahaga, bahkan medan untuk memperbanyakkan amalan kebajikan serta menyantuni golongan yang memerlukan.

#MalaysiaMadani
#KitaSelangor
#IniSelangor
#DaripadaAndaUntukAnda
#MajuPerkasaHasilSemua
#HuluSelangorBandarRendahKarbon
#AllahPeliharakanlahHuluSelangor
#MPHSGo
#VisitSelangor2025
#VisitMalaysia2026

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Selasa 03 Mac 2026, 05:08:07.
Jumlah Pelawat :
01201506

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015