Kuala Kubu Bharu, 22 Februari 2025 : Satu sesi perjumpaan bersama Persatuan Penduduk Serendah Melati telah dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) bertempat di Ibu Pejabat MPHS pada hari ini.
Sesi perjumpaan yang dipengerusikan oleh Yang Dipertua MPHS ini diadakan bertujuan menyelaras kerja-kerja penyelenggaraan jalan akan dilaksana oleh kontraktor projek ECRL iaitu China Communication Constructions Company (CCCC).
Turut hadir ialah Setiausaha MPHS, Awaluddin Zakaria, Ahli Majlis MPHS Zon 16, Alywin Chan, Ahli Majlis MPHS Zon 14, Wong Sheau Mei serta syarikat Malaysia Rail Link (MRL) dan pengarah jabatan dan ketua bahagian MPHS.
Pihak majlis mengambil pandangan semua pihak dalam memastikan segala isu yang berlaku dapat ditangani dengan segera demi kesejahteraan rakyat Hulu Selangor.
#DaripadaAndaUntukAnda
#MajuPerkasaHasilSemua
#HuluSelangorBandarRendahKarbon
#AllahPeliharalahHuluSelangor
#MPHSGo