BATANG KALI, 22 Februari 2025 – Pertandingan Orang Kuat Hulu Selangor anjuran Kelab Rekreasi dan Sukan Batang Kali yang dirasmikan oleh Tuan Saifuddin Shafi Muhammad, Penyelaras DUN Batang Kali telah berlangsung di tapak JRD Batang Kali pada pagi tadi.
Turut hadir ialah Puan Julaihah Jamaludin, Yang Dipertua MPHS, Mohd Rezza Ramlay, Ahli Majlis Zon 1, Law Say Hin, Ahli Majlis Zon 12, Mohamad Syafiq Zazali, Ahli Majlis Zon 22 dan Normiza Kadar Maidin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Selangor.
Selain pertandingan utama, pelbagai aktiviti sampingan turut diadakan, termasuk memanah, Soopa Doopa, Zumba, dan Pertandingan Tarik Tali. Acara ini juga dimeriahkan dengan pameran daripada agensi-agensi kerajaan seperti PDRM, Bomba, Askar Wataniah dan AADK.
#DaripadaAndaUntukAnda
#MajuPerkasaHasilSemua
#HuluSelangorBandarRendahKarbon
#AllahPeliharakanlahHuluSelangor
#MPHSGo
#VisitHuluSelangor