Sesi Taklimat dan Lawatan Tapak bagi Projek Penstabilan Cerun

SESI TAKLIMAT & LAWATAN TAPAK, KERJA-KERJA PENSTABILAN CERUN DI TEBING PANGSAPURI KENANGA TAMAN BUNGA RAYA, BUKIT BERUNTUNG

Bukit Beruntung, 10 Februari 2026 – Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dengan kerjasama IKRAM Works Sdn. Bhd. telah menganjurkan Sesi Taklimat dan Lawatan Tapak bagi Projek Penstabilan Cerun di Tebing Pangsapuri Kenanga, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung.

Program ini merupakan satu inisiatif penting kerana projek berkenaan menjadi projek perintis penggunaan Building Information Modelling (BIM) bagi kerja-kerja penstabilan cerun di peringkat pihak berkuasa tempatan. Pendekatan digital ini melibatkan pembangunan model sehingga peringkat as-built (LOD 500) serta integrasi elemen masa (4D) dan kos (5D), selaras dengan aspirasi pendigitalan sektor pembinaan dan kehendak pelaksanaan projek infrastruktur kerajaan.

Sesi taklimat telah menghimpunkan penyertaan meluas daripada pelbagai agensi termasuk Kementerian, Jabatan Kerja Raya (JKR), pihak berkuasa tempatan, perunding serta pemain industri. Para peserta telah diberi pendedahan berkaitan konsep, pelaksanaan serta manfaat BIM dalam meningkatkan ketepatan perancangan, kawalan kos, pengurusan risiko dan tadbir urus projek.

Selain pembentangan teknikal, peserta turut dibawa melawat kawasan cerun bagi melihat sendiri aplikasi sebenar kaedah penstabilan yang dilaksanakan, termasuk sistem saliran, struktur sokongan dan langkah keselamatan tapak yang diselaraskan melalui platform BIM.

Menurut MPHS, pelaksanaan teknologi ini bukan sahaja membantu meningkatkan kecekapan penyampaian projek, malah mewujudkan rekod digital yang telus dan boleh dijejak bagi tujuan audit, penyelenggaraan serta pengurusan aset jangka panjang.

Program ini diharap dapat menjadi penanda aras baharu kepada pelaksanaan projek cerun dan infrastruktur berisiko tinggi, di samping memperkukuhkan komitmen ke arah transformasi digital dalam industri pembinaan negara.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2025

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Khamis 12 Februari 2026, 14:56:02.
Jumlah Pelawat :
01184216

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015