07 Nov 2024, YBrs Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS sekali lagi dijemput untuk berkongsi pengalaman di World Urban Forum 2024 (WUF 12), dengan tajuk 'Empowering Eco-Tourism to Accelarate Hulu Selangor SDGs Roadmap' dalam sesi Pocket Talk.
Yang Dipertua MPHS telah berkongsi strategi MPHS bagi memperkasa sektor pelancongan di Daerah Hulu Selangor. Selain itu, beliau turut berkongsikan pencapaian pelancongan Hulu Selangor mengikut panduan Matlamat Pembangunan Mampan dan hala tuju pelancongan di daerah Hulu Selangor.
Sesi perkongsian turut disertai oleh panel antarabangsa iaitu :
1. Dr. Apostolos Kyriazis, Associate Professor of Architecture and Urbanism College of Engineering, Abu Dhabi University
2. Assoc.Prof Dr. Mila Karmilah, Head of Department, Sustainable Centre, Universitas Islam Sultan Agung, Indonesia
Di kesempatan yang sama, Yang Dipertua MPHS turut mempromosikan kuih Tat Bengkulu iaitu kuih tradisional Hulu Selangor di pentas antarabangsa.
Semoga perkongsian ini dapat menjadi panduan kepada semua pihak bagi memperkasakan produk eko-pelancongan setempat dan membuat kawalan terhadap aktiviti-aktiviti pelancongan di sesuatu kawasan. Selain dapat mempromosikan produk-produk pelancongan daerah Hulu Selangor di peringkat Antarabangsa.
#HuluSelangorBandarPalingMampan