Vandalisme bukan sekadar merosakkan harta awam milik kita semua — ia menjejaskan imej komuniti, membazirkan wang rakyat, dan mengundang rasa tidak selamat di kawasan awam
Setiap tahun, pihak Majlis Perbandaran Hulu Sleangor terpaksa membelanjakan ribuan ringgit hanya untuk membaiki kemudahan yang dirosakkan. Duit yang sepatutnya digunakan untuk menaik taraf kemudahan lain, terpaksa digunakan untuk membaiki kerosakan akibat sikap segelintir individu yang tidak bertanggungjawap.
Kami menyeru semua warga Hulu Selangor untuk:
- Menjaga kemudahan awam seperti milik sendiri.
- Menegur dan melaporkan perbuatan vandalisme.
- Menjadi contoh kepada anak-anak muda tentang nilai sivik dan tanggungjawab.
“Kita jaga tempat kita.”
Jangan biarkan usaha baik dibinasakan oleh perbuatan tidak bermoral. Hentikan vandalisme. Sayangi kemudahan awam. Bangunkan komuniti yang lebih bertamadun, bersih dan selamat untuk semua!
Sila hubungi pihak MPHS dengan segara jika anda mendapat maklumat tentang kegiatan vandalism.
Mobile: +603 6064 1331
#HentikanVandalisme #SayangiKemudahanAwam #KitaJagaKita #HuluSelangorPrihatin #AntiVandalism #KomunitiBertanggungjawab #MalaysiaMadani