Kerajaan Negeri Selangor serap 75% peningkatan cukai taksiran, rakyat hanya bayar 25% kenaikan mulai 1 Januari 2025
Penambahan hasil sebanyak RM355 juta melalui semakan ini bakal meningkatkan keupayaan PBT untuk menyediakan infrastruktur awam yang lebih selesa dan selamat seperti jalan raya, pengurusan sisa, landskap, dan perkhidmatan bandar dapat diperbaiki untuk meningkatkan kesejahteraan penduduk.
Semakan kadar cukai ini dilakukan selepas lebih 20 hingga 40 tahun tiada kenaikan di beberapa PBT utama, seperti Majlis Perbandaran Kajang (39 tahun) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (18 tahun).
#HuluSelangorBandarRendahKarbon