MAKLUMAN PENTING KEPADA SEMUA PEMILIK HARTA DI DAERAH HULU SELANGOR
Dimaklumkan bahawa tarikh akhir bagi bayaran Cukai Taksiran Penggal Kedua Tahun 2025 adalah pada 31 Ogos 2025 (Ahad)
Semua pemilik harta adalah diwajibkan untuk menjelaskan bayaran cukai taksiran sebelum atau pada tarikh tersebut.Kegagalan menjelaskan cukai dalam tempoh yang ditetapkan boleh dikenakan denda lewat bayar serta tindakan perundangan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
Bagi memudahkan urusan, pemilik harta digalakkan untuk:
- Beralih kepada perkhidmatan Bil Maya MPHS
- Melakukan bayaran melalui platform dalam talian MPHS Pay
- Layari laman sesawang rasmi: mphs.gov.my
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi:
Jabatan Perbendaharaan
Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS)
Telefon: 03-6064 1331 samb. 135 / 151
E-mel:
#HuluSelangorBandarRendahKarbon