MAKLUMAN PENTING
MPHS telah menerima banyak aduan berkaitan penipuan yang menggunakan alamat email Majlis Daerah Hulu Selangor.
Alamat e-mel tersebut tidak lagi digunakan setelah MDHS dinaik taraf kepada MPHS
Orang ramai adalah dinasihatkan agar tidak membuat sebarang bayaran atau transaksi kepada mana-mana pihak yang mendakwa mewakili MPHS, kecuali melalui laman rasmi MPHS. Sekiranya terdapat sebarang keraguan terhadap email yang diterima, segera hubungi MPHS di talian 03-60641331/ 6064 1432 atau layari www.mphs.gov.my
Hebahan ini adalah bagi mencegah sebarang bentuk penyamaran atau penipuan yang menggunakan nama MPHS.