MPHS Menyediakan Roro Secara Percuma Sempena Perayaan Sambutan Hari Deepavali 2025

MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR MENYEDIAKAN RORO SECARA PERCUMA – BANTU ORANG RAMAI LUPUS BARANGAN PUKAL SEMPENA PERAYAAN SAMBUTAN HARI DEEPAVALI 2025

Adalah dimaklumkan sempena dengan sambutan Perayaan Deepavali yang bakal tiba, pihak Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah menyediakan perkhidmatan tong ‘Roll On Roll Off’ (RORO) bagi memudahkan orang ramai membuang sampah pukal seperti perabut lama iaitu almari, sofa, tilam, katil, dan sebagainya serta sampah kebun.

Penyediaan Tong RORO berkapasiti 3 Tan ini ditempatkan dengan tempoh *Lapan (8) hari* di kawasan sekitar Hulu Selangor iaitu di Batang Kali, Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Kuala Kubu Bharu dan lain2 kawasan. Tong RORO tersebut juga akan ditarik lebih awal dari tempoh masa yang ditetapkan sekiranya didapati telah penuh. Perkhidmatan yang disediakan secara percuma ini bermula dari *11 Oktober 2025 sehingga 20 Oktober 2025* dengan meletakkan tong *RORO SECARA BERPERINGKAT* di lokasi seperti yang disenaraikan di lampiran untuk kemudahan penduduk.

Pihak Majlis berharap agar penduduk memberikan kerjasama dengan membuang sampah pukal tersebut ke dalam tong RORO yang disediakan bagi memudahkan pihak kontraktor membuat kutipan dan menjaga kawasan sekitar agar berada dalam keadaan bersih dan selesa.

Sampah *“SISA DOMESTIK / SAMPAH DAPUR"* adalah *DILARANG* sama sekali untuk dibuang kedalam tong RORO ini.

*Sasaran utama lokasi penempatan roro adalah di kawasan komuniti masyarakat dan penduduk yang menyambut Perayaan Deepavali*

Sebarang pertanyaan berhubung perkhidmatan tong RORO, sila hubungi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, MPHS di talian 03-60641050.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2025

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

Image

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms portal new

  • Kemaskini Terkini : Isnin 13 Oktober 2025, 02:03:59.
Jumlah Pelawat :
01088099

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015