MPHS Menyediakan Tong Roro Secara Percuma – Bantu Orang Ramai Lupus Barangan Pukal Sempena Perayaan Deepavali Tahun 2024

MAKLUMAN

MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR MENYEDIAKAN TONG RORO SECARA PERCUMA – BANTU ORANG RAMAI LUPUS BARANGAN PUKAL SEMPENA PERAYAAN DEEPAVALI TAHUN 2024

Adalah dimaklumkan sempena dengan sambutan Perayaan Deepavali yang bakal tiba, pihak Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah menyediakan perkhidmatan tong ‘Roll On Roll Off’ (RORO) bagi memudahkan orang ramai membuang sampah pukal seperti perabut lama dan barangan elektrik iaitu almari, sofa, tilam, katil, peti ais, radio, televisyen, pengecas bateri, telefon bimbit dan sebagainya serta sampah kebun.

Perkhidmatan yang disediakan secara percuma ini bermula dari 17 Oktober 2024 sehingga 29 Oktober 2024 dengan meletakkan tong *RORO SECARA BERPERINGKAT* di lokasi seperti yang disenaraikan di lampiran untuk kemudahan penduduk.

Sebarang pertanyaan berhubung perkhidmatan tong RORO, sila hubungi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, MPHS di talian 03-60641050.

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 15 Oktober 2024, 07:18:15.
Jumlah Pelawat :
00856017

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015