Pertandingan Kebun Komuniti Hulu Selangor (Pekebun)

HEBAHAN RASMI

JEMPUTAN PENYERTAAN KEPADA PERSATUAN PENDUDUK PERTANDINGAN KEBUN KOMUNITI HULU SELANGOR (PEKEBUN)

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) melalui Jabatan Landskap dengan sukacitanya menjemput semua Persatuan Penduduk di Daerah Hulu Selangor untuk mengambil bahagian dalam Pertandingan Kebun Komuniti Hulu Selangor (Pekebun).

Penganjuran pertandingan ini bertujuan menggalakkan penglibatan aktif komuniti setempat dalam pembangunan kebun komuniti yang terancang, hijau dan mampan, di samping memupuk semangat kerjasama serta tanggungjawab bersama dalam kalangan penduduk. Program ini juga menyokong aspirasi kerajaan tempatan selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2, 11 dan 15.

Sehubungan itu, semua Persatuan Penduduk yang mempunyai atau sedang merancang kebun komuniti adalah dialu-alukan untuk menyertai pertandingan ini.

Hadiah Menarik Menanti Pemenang:

Trofi / Plaque

Wang Tunai

Sijil Penghargaan

Tarikh Tutup Pendaftaran:

6 Februari 2026

Pendaftaran boleh dibuat dengan mengimbas Kod QR yang tertera pada poster hebahan rasmi.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Jabatan Landskap, Majlis Perbandaran Hulu Selangor

Tel: 03-6064 1726

Pegawai Bertanggungjawab:

En. Mohd Noor Effendi

En. Mohd Fazree

En. Nurizham Hakimi

Kerjasama dan penyertaan aktif daripada semua Persatuan Penduduk amatlah dihargai bagi menjayakan penganjuran pertandingan ini serta memperkukuhkan peranan komuniti dalam mewujudkan persekitaran yang hijau, sihat dan lestari di Daerah Hulu Selangor.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2025

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Selasa 30 Disember 2025, 08:09:02.
Jumlah Pelawat :
01138428

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015