PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO RSPD 2026
Anda kreatif & minat reka bentuk? Inilah peluang untuk hasilkan logo rasmi Rakan Strategik Pelancongan Daerah Hulu Selangor (RSPD) yang bakal digunakan oleh MPHS!
Penyertaan PERCUMA (Terbuka kepada Warganegara Malaysia)
Tarikh penyertaan: 6 Januari 2026 – 6 Feb 2026
Hadiah:
- Johan: RM500 + Sijil Penghargaan
- Saguhati (4 pemenang): RM150 + Sijil Penghargaan
Apa yang anda perlu buat?
Reka logo yang asli, moden, ringkas & mudah diingati
Logo mesti membawa mesej kerjasama, kebersamaan, profesionalisme & pembangunan pelancongan Hulu Selangor
WAJIB ada teks: “Rakan Strategik Pelancongan Daerah Hulu Selangor” (atau versi ringkas yang ditetapkan)
Guna maksimum 3–4 warna + sediakan versi berwarna / monokrom / grayscale
Hantar softcopy & hardcopy (setiap logo = 1 borang penyertaan) + salinan IC
Sertakan fail: AI/EPS/SVG/PDF + PNG (transparent) & JPG (300dpi) + kod warna CMYK/RGB
Sertakan huraian ringkas 150–300 patah perkataan (maksud elemen, warna, konsep)
Dapatkan borang penyertaan:
Jabatan Pembangunan Masyarakat (JPM), MPHS atau muat turun di laman web MPHS.
Hantar borang lengkap & penyertaan ke:
Jabatan Pembangunan Masyarakat,
Majlis Perbandaran Hulu Selangor,
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.
03-6064 1235
Peringatan: Reka bentuk yang menang akan menjadi hak milik MPHS sepenuhnya.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon

















