PERTANDINGAN PREMIS MAKANAN BERSIH (PP- MB) PERINGKAT DAERAH HULU SELANGOR BAGI TAHUN 2025
Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (JPSPPA), Majlis Perbandaran Hulu Selangor bakal menganjurkan Pertandingan Premis Makanan Bersih (PP-MB) Peringkat Daerah Hulu Selangor pada *01 November 2025 hingga 30 November 2025.*
Pertandingan ini bertujuan meningkatkan tahap kebersihan premis makanan dan keselamatan makanan di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Hulu Selangor.
Selain itu, ianya juga untuk meningkatkan kesedaran kepada pemilik premis makanan dan tandas premis agar sentiasa menjaga kebersihan.
Sila imbas kod QR pada poster pertandingan atau tekan pautan berikut untuk mendaftar bermula dari *01 Oktober 2025 hingga 17 Oktober 2025* :-
https://docs.google.com/.../1FAIpQLSc_daE.../viewform...
Antara kategori yang dipertandingkan adalah :
1. Premis Makanan (Tidak Termasuk Premis Makanan Segera)
2. Rangkaian Makanan Segera (Inap dusun, hotel, dan lain-lain premis berkaitan dengan pelancongan)
3. Pusat Pelancongan
Hadiah yang ditawarkan :-
Tempat Pertama – RM 1,000.00, Piala & Sijil Penghargaan
Tempat Kedua – RM 500.00, Piala & Sijil Penghargaan
Tempat Ketiga – RM 300.00, Piala & Sijil Penghargaan
Sijil Penyertaan
Syarat-syarat pertandingan :-
1. Mempunyai lessen perniagaan yang SAH dari MPHS.
2. Penyertaan bermula pada *01 Oktober 2025 hingga 17 Oktober 2025.*
3. Segala kos pembinaan, baikpulih dan selenggara tandas adalah dibawah tanggungjawab pemilik premis.
4. Penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan yang tidak lengkap dan mengikut terma syarat.
5. Penganjur berhak menyiarkan, mengiklankan dan mempromosi tandas tanpa meminta kebenaran daripada pemenang.
6. Pertandingan bermula *01 November 2025 hingga 30 November 2025.*
7. Segala keputusan juri adalah muktamad.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Encik Aizul Azrin, JPSPPA Majlis Perbandaran Hulu Selangor di talian 03-60641050.
