Pihak Majlis di dalam peringkat penyediaan Rancangan Tempatan Daerah Hulu Selangor 2035 (Pengubahan 2)
Rancangan Tempatan Daerah Hulu Selangor 2035 telah diwartakan pada 12 Ogos 2021 dengan Nombor Warta 1809. Manakala Rancangan Tempatan Daerah Hulu Selangor 2035 (Pengubahan 1) telah diwartakan pada 8 Mei 2025.
Cadangan pengubahan Rancangan Tempatan Daerah Hulu Selangor 2035 (Pengubahan 2) ini melibatkan cadangan bagi Bandar Industri Kerling khususnya melibatkan Blok Perancangan 2 : BP 2 : Kuala Kubu Bharu - Batang Kali - Lembah Beringin -
Kerling - Kalumpang.
Cadangan boleh dilihat melalui pautan ini.
Sila lengkapkan Senarai Semak bagi tujuan tersebut.
Sekiranya terdapat sebarang cadangan terhadap pengubahan ini, pihak tuan / puan boleh mengemukakan secara bertulis kepada :
Majlis Perbandaran Hulu Selangor
Jalan Bukit Kerajaan
44000 Kuala Kubu Bharu
atau diemelkan kepada :
Sebarang pertanyaan lanjut, pihak tuan / puan boleh menghubungi Jabatan Perancang Bandar, Majlis Perbandaran Hulu Selangor ditalian 03-60641331 sambungan 123