PEMAKLUMAN OPERASI MENEMBAK GAGAK MPHS SIRI 2/2025
Pada 2 November 2025 (Ahad) akan berlangsung Program Menembak Gagak Siri 2/2025 di sekitar kawasan Pentadbiran Hulu Selangor bermula jam 7.00 pagi hingga 7.00 malam.
Warga Hulu Selangor diingatkan agar mengambil maklum mengenai operasi berkenaan dan tidak mendekati penembak berlesen sewaktu aktiviti menembak gagak sedang dijalankan.
Operasi ini dilaksanakan bertujuan untuk mengurangkan populasi gagak yang menyebabkan kacau ganggu awam selain meningkatkan tahap kebersihan daerah ini.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon

















