Fungsi Jabatan & Bahagian

Jabatan & Bahagian Fungsi
Jabatan Khidmat Pengurusan Bahagian Pentadbiran
Mewujudkan sistem pentadbiran yang cekap dan pengurusan tenaga manusia yang berdaya saing serta berdaya maju selaras dengan kehendak organisasi.
Jabatan Perbendaharaan Membentuk imej akauntabiliti Majlis melalui pengurusan bajet, kewangan dan perakaunan yang cekap dan berkesan.
Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta Memastikan setiap pegangan berkadar di dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Hulu Selangor dinilai mengikut peruntukan perundangan bagi tujuan mengenakan cukai taksiran.
Jabatan Kejuruteraan Memastikan pembangunan projek Majlis dan kemudahan awam di kawasan Majlis dibina dengan aspek kejuruteraan dan diselenggara sebaik mungkin demi kesejahteraan penduduk.
Jabatan Bangunan Memastikan pembangunan yang dibina selaras dengan perancangan dan spesifikasi agar bangunan berkualiti.
Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Memberikan perkhidmatan perbandaran yang cekap, bermutu dan memuaskan supaya kawasan Majlis sentiasa bersih, kesihatan awam terjamin serta kawasan Majlis menjadi tempat yang selesa, harmoni dan sejahtera.
Jabatan Pelesenan Merancang serta mengawal semua aktiviti pelesenan bagi mencapai tahap pengurusan yang cekap dan berkualiti.
Jabatan Perancang Bandar Mewujudkan perancangan pembangunan dan kawasan rekreasi yang terancang serta indah untuk memberikan keselesaan dan kemudahan berkualiti kepada penduduk Majlis Perbandaran Hulu Selangor.
Jabatan Pembangunan Masyarakat Memastikan pelaksanaan pengurusan dan pentadbiran Jabatan Belia & Kemasyarakatan Majlis Perbandaran Hulu Selangor ke tahap kecekapan maksima. Membina masyarakat belia yang berakhlak, berdisiplin, melahirkan pemimpin dan usahawan belia serta mewujudkan tenaga kerja yang berkemahiran. Mewujudkan masyarakat yang sihat, aktif dan cergas melalui program-program belia, kemasyarakatan dan sukan. Menggalakkan masyarakat menyertai program-program penganjuran Jabatan Belia & Kemasyarakatan Majlis Perbandaran Hulu Selangor.
Bahagian Korporat Menyediakan maklumat, memberi penerangan serta promosi berkaitan aktiviti-aktiviti dan program Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) serta Melayani aduan dari orang awam dan memberi laporan dan memastikan tindakan telah diambil terhadap setiap aduan.
Bahagian Teknologi Maklumat Menyelaraskan dan mengawal pembangunan ICT di Majlis Perbandaran Hulu Selangor
Bahagian Perundangan Melakukan pindaan undang-undang mengikut peredaran masa perlu dilaksanakan agar Undang-undang Kecil sedia ada tidak lapuk atau ketinggalan zaman. Penyelidikan mengenai undang-undang kerajaan tempatan juga dipertingkatkan agar nasihat dan pandangan undang-undang dapat diberikan dengan tepat dan teratur. Ini adalah kerana masyarakat hari ini lebih peka kepada hak dan tanggungjawab mereka.
Bahagian Audit Dalam
  • Memantau, menyiasat,menganalisa dan menjadi penasihat dalam segala aktiviti Pengurusan Dan Pentadbiran agar mematuhi Kawalan Dalaman dan Peraturan.
  • Menentukan bahawa operasi- operasi kewangan di uruskan dengan teratur dan memastikan bahawa dasar- dasar, undang- undang dan peraturan yang wajib adalah di patuhi.
  • Mengkaji dan menilai secara teratur dan sistematik operasi agensi dari segi kesempurnaan, kemampuan, kecekapan, keselesaan dan ekonomi.
  • Mengesan sebarang kelemahan atau masalah pihak terbabit dan mengesyorkan langkah- langkah bagi memperbaiki operasi dalam bidang- bidang yang memerlukannya atau dalam keadaan dimana tindakan pembetulan adalah diperlukan.
  • Menyediakan Laporan Audit yang berkualiti untuk menambahbaik pengurusan dan pentadbiran.
  • Membuat audit susulan supaya pekara yang di temui tidak berulang dan diambil tindakan.
Bahagian Pusat Setempat (OSC) Memendekkan norma masa memproses secara serentak cadangan pemajuan sekaligus meningkatkan sistem penyampaian,prosedur dan proses cadangan pemajuan di Pihak Berkuasa Tempatan.
Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB) Memperkemaskan kaedah mengawal selia penyenggaraan dan pengurusan dengan berkesan bagi semua jenis bangunan bertingkat dan bangunan yang dipecah bahagi dan dikeluarkan hakmilik strata, menyelesaikan urusan-urusan yang berkaitan serta mewujudkan kesedaran di antara pembeli/pemilik/pemaju/ Badan Pengurusan Bersama (Joint Management Body JMB)/ Perbadanan Pengurusan (Management Corporation MC) berkenaan isu penyenggaraan dan pengurusan bangunan selaras kehendak Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyenggaraan Dan Pengurusan) 2007 ( Akta 663) (Building And Common Property)(Maintenance And Management Act) 2007 (Act 663) dan juga memperkemas dan meningkatkan aspek penguatkuasaan serta pelaksanaan Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyenggaraan Dan Pengurusan) 2007 ( Akta 663 ) (Building And Common Property) (Maintenance And Management Act) 2007 (Act 663).

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 24 April 2024, 06:55:08.
Jumlah Pelawat :
00734506

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015