16 Wartawan MPHS Ikuti Kursus Bengkel Penulisan

16 WARTAWAN MPHS IKUTI KURSUS BENGKEL PENULISAN

Subang Jaya, 5 Julai 2024 : Seramai 16 wartawan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah mengikuti Bengkel Penulisan : Berita dan Artikel dalam usaha memberikan pendedahan kepada kakitangan dengan gaya dan bentuk penulisan yang berkesan dalam menghasilkan pelaporan yang kreatif, semalam.

Bengkel yang diadakan selama sehari itu telah disampaikan oleh Pengarang Berita Harian Metro, Dr. Muhammad Izawan Baharin.

Menerusi program anjuran Bahagian Korporat ini menghimpunkan Ahli Jawatankuasa Multimedia yang terdiri daripada wakil setiap jabatan di MPHS.

Timbalan Yang Dipertua MPHS, Awaluddin Zakaria berkata, saya berbangga dengan usaha dan komitmen yang dipamerkan oleh AJK sedia ada dalam melaporkan segala aktiviti di jabatan kepada pengurusan tertinggi dan seterusnya memaklumkan kepada warga daerah Hulu Selangor melalui platform rasmi MPHS.

“Diharapkan input yang diperolehi di dalam bengkel ini peserta dapat menghasilkan sendiri penulisan yang berkualiti untuk digunakan dalam membuat laporan aktiviti, kempen atau program jabatan masing-masing,” katanya.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Isnin 15 Julai 2024, 09:59:48.
Jumlah Pelawat :
00794542

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015