Bengkel Penyelarasan & Penambahbaikan Garis Panduan Sedia ada bagi Tambahan & Ubahsuai Bangunan anjuran MBPJ

Bengkel Penyelarasan & Penambahbaikan Garis Panduan Sediada Bagi Tambahan & Ubahsuai Bangunan anjuran Jabatan Kawalan Bangunan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)

Pada 3- 5 Julai 2024 bertempat di Hotel Hatten Melaka, Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah mengadakan Bengkel Penyelarasan & Penambahbaikan Garis Panduan Sediada Bagi Tambahan& Ubahsuai Bangunan anjuran Jabatan Kawalan Bangunan, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan telah dirasmikan oleh YBrs Timb. Datuk Bandar Petaling Jaya, Tn. Aznan Bin Hj. Hassan. Bengkel ini dihadiri oleh Ahli Majlis MBPJ, Pengarah Jabatan dalaman serta kakitangan jabatan dalaman.

Di dalam bengkel ini , Pengarah Jabatan Bangunan Majlis Perbandaran Hulu Selangor iaitu Md Rizal Bin Mohd Sofian @ Abd Karim dan wakil daripada Bhg. Pesuruhjaya Bangunan Majlis Perbandaran Hulu Selangor iaitu Pn. Nabilah Ajmal Bt Amir Kamaludin, Pen. Peg. Penilaian telah dijemput untuk memberi taklimat berkenaan prosedur penguatkuasaan struktur tambahan/ubahsuai tanpa kebenaran di dalam kawasan pemajuan strata (cth: pangsapuri, kondominium, service apartment & rumah bandar) yang telah dilaksanakan di Hulu Selangor di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) dan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757).

MPHS berharap dengan sesi perkongsian dua hala ini dapat mengeratkan hubungan diantara PBT dan dalam pada masa yang sama menambahkan pengetahuan serta dapat menjalankan penguatkuasaan yang lebih efisien di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) dan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) di pihak berkuasa tempatan Negeri Selangor.

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Isnin 15 Julai 2024, 09:59:48.
Jumlah Pelawat :
00794542

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015