BENGKEL PENJENAMAAN SEMULA PROGRAM INDAH PERSEKITARAN 2025
19 Disember 2024, Kuala Kubu Bharu- Jabatan Landskap telah mengadakan Bengkel Penjenamaan Semula Program Indah Persekitaran 2025.
Program ini diadakan selaras dengan matlamat pembangunan mampan SDG 11 - Bandar dan Komuniti Mampan serta SDG 17 - Perkongsian bagi matlamat dengan tujuan memberi nafas baru bagi program ini.
Seramai sembilan orang Persatuan Penduduk dan JMB yang dijemput bagi program pada tahun ini. Turut hadir kakitangan daripada Bahagian Korporat,Jabatan Petancang, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam,Jabatan Penguatkuasaan dan Jabatan Pembangunan Masyarakat serta Ahli Majlis En. Chinniah a/l Subramaniam.
Banyak buah fikiran yang dilontarkan oleh persatuan penduduk dan JMB serta jabatan dalaman dalam meningkatkan mutu pertandingan Program Indah Persekitaran ini. Sebagai makluman, program ini telah dilaksanakan sejak tahun 2011.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon