ISTIADAT PENGURNIAAN PINGAT-PINGAT NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN SEMPENA MENYAMBUT ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN YANG KE 79 DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SELANGOR.
14 MEI 2025 (RABU), SHAH ALAM. Majlis Perbandaran Hulu Selangor mengucapkan sekalung tahniah kepada penerima-penerima Pingat Negeri Selangor sempena menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-79 Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.
Penyerahan pingat telah diadakan secara tertutup di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam. Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj telah berkenan menyerahkan pingat-pingat tersebut. Turut hadir Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS dalam majlis gemilang ini.
Senarai nama warga MPHS mengikut pingat yang diterima:
Pingat Pekerti Terpilih (PPT):
1. Puan Junainah binti Abdullah, Bahagian Korporat.
Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC):
1. Encik Muhammad Harilazalan bin Hasan, Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB).
2. Puan Ruzianah binti Mohamad, Bahagian Perundangan.
3. Encik Khairul Nizam Bin Mohamed Khanafi, Jabatan Penguatkuasaan.
Pingat Jasa Kebaktian (PJK):
1. Encik Jefry Bin Abdul Latif, Jabatan Penguatkuasaan.
2. Encik Idulbadry bin Musa, Jabatan Penguatkuasaan.
3. Puan Gannat Bebe Binti Osman, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam.
4. Puan Siti Nor Juliana Binti Md Tajuddin, Jabatan Perancang Bandar.
5. Puan Norhidaya Binti Abdul Halim, Jabatan Khidmat Pengurusan.
6. Puan Mazliani Binti Lokeman, Jabatan Khidmat Pengurusan.
7. Puan Mahfuzah Binti Mohamad, Jabatan Khidmat Pengurusan.
8. Puan Mastura Binti Mat Supor, Jabatan Khidmat Pengurusan.
Pingat Perkhidmatan Selangor (PPS)
1. Encik Zainorin Mohd Dom Bin Bakar, Jabatan Khidmat Pengurusan.
2. Puan Letchumi A/P Ramadu, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam.
3. Puan Jasrina Binti Mohamad, Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta.
Semoga sumbang bakti yang telah dicurahkan kepada organisasi, Kerajaan Negeri Selangor, dan masyarakat seluruhnya akan terus menjadi inspirasi, serta menyemarakkan semangat kecemerlangan para penerima dan warga kerja MPHS yang lain.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon