Lawatan bersama Sekretariat Sukma XXII Selangor 2026

LAWATAN BERSAMA SEKRETARIAT SUKMA XXII SELANGOR 2026

Pada 13 Mei 2025, Majlis Perbandaran Hulu Selangor telah menerima kunjungan hormat oleh Sekretariat SUKMA XXII Selangor 2026 yang diketuai YBhg Dato' Mohd Yazid bin Sairi merangkap CEO sektretariat, bersama nya adalah Encik Ahmad Fahim bin Rosli, Pengarah Sukan Temasya, Encik Husaif Hatta selaku Pengarah Pengurusan Projek, Encik Slamet Sazley bin Yakub, Pengarah Media, Digital & Penyiaran, Encik Amirul Firdaus, mewakili MSN Selangor dan Encik Ardani Rais, mewakili Selangor FA.

Delegasi sektretariat telah disambut oleh Puan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Puan Julaihah Jamaludin bersama pegawai Majlis Perbandaran Hulu Selangor di Stadium Mini Kuala Kubu Bharu.

Lawatan ini adalah bertujuan bagi mengenalpasti kesesuaian lokasi Stadium Mini Kuala Kubu Bharu sebagai tuan rumah bagi acara Bola Sepak Wanita bagi SUKMA XXII pada tahun hadapan.

Pada masa kini, Stadium Mini Kuala Kubu Bharu sedang dalam proses penambahbaikan kemudahan dan fasiliti sedia ada dengan membaikpulih bumbung yang telah bocor, penambahan ruang solat, kemudahan tandas bagi Orang Kurang Upaya, bilik persalinan lelaki dan perempuan dan juga pembaikan lampu highmast bagi kegunaan stadium pada waktu malam.

Sekiranya terpilih sebagai salah satu destinasi SUKMA XXII, MPHS percaya bahawa ia bukan sahaja boleh menaikkan nama pekan Kuala Kubu Bharu sebagai Bandar Terancang yang pertama di Tanah Melayu, malahan boleh mengetengahkan pelbagai aktiviti sukan lasak dan tempat tempat menarik sekitar Hulu Selangor. Antaranya adalah aktiviti 'water rafting' dan 'paragliding' dan meningkatkan ekonomi masyarakat setempat dengan limpahan delegasi atlet dari seluruh pelosok Malaysia.

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Khamis 15 Mei 2025, 09:30:14.
Jumlah Pelawat :
00987818

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015