Kejadian Runtuhan Tanah Belakang Rumah di Kawasan Perumahan Jalan Kemboja 3, Bukit Beruntung

KEJADIAN RUNTUHAN TANAH BELAKANG RUMAH DI KAWASAN PERUMAHAN JALAN KEMBOJA 3, BUKIT BERUNTUNG

BUKIT BERUNTUNG, JALAN KEMBOJA 3, 06 Oktober 2024- Satu kejadian runtuhan tanah telah dilaporkan oleh Jabatan Bomba, Pihak Polis dan Ahli Majlis Kawasan Pn. Hayati Chat yang mendapat panggilan daripada penduduk taman perumahan berkenaan kejadian tersebut pada sekitar jam 11.00 malam 05 Oktober 2024.

Rentetan aduan tersebut, MPHS melalui Unit Pantas dan Unit Cerun telah digerakkan untuk menyiasat keadaan semasa di lokasi kejadian.

Siasatan menjurus kepada tahap risiko kejadian runtuhan tanah yang boleh mengganggu dan menyebabkan situasi merbahaya kepada orang awam.

Jarak runtuhan tanah sepanjang 40 meter dan berada 7 meter daripada rumah orang awam. Siasatan juga mendapati masih terdapat runtuhan kecil tanah di kawasan tersebut.

Tindakan awal MPHS adalah menutup laluan lorang belakang rumah daripada orang awam. Siasatan juga mendapati terdapat sebuah rumah banglo yang berisiko sekiranya tidak diadakan kerja pembaikan.

Sekitar jam 10.00 pagi 06 Oktober 2024, Pn. Julaihah Bt. Jamaludin YDP MPHS, Ahli Majlis En. Fuad bin Ahmad Naravi, Wakil JPS Hulu Selangor, Wakil PDTHS dan Pengarah Kejuruteraan MPHS telah hadir ke lokasi kejadian untuk melihat perkembangan terkini kejadian runtuhan tersebut.

YDP MPHS telah mengarahkan tindakan kerja kecemasan segera perlu dilaksanakan di lokasi kejadian dan satu gerak kerja telah diaturkan untuk menyegerakan kerja-kerja di lokasi kejadian.

Dalam pada itu, Puan YDP MPHS juga telah meninjau situasi di sekitar kawasan perumahan disana berkaitan aduan penduduk.

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 15 Oktober 2024, 07:18:15.
Jumlah Pelawat :
00856018

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015