Majlis Pelepasan Peringkat 4 Pertonas Le Tour de Langkawi 2024

Kuala Kubu Bharu, 2 Oktober 2024- Majlis Pelepasan Peringkat 4 Pertonas Le Tour de Langkawi 2024 telah diadakan di Bandar Kuala Kubu Bharu.

Yang Berhormat Tuan Mohd Najwan bin Halimi, EXCO Belia, Sukan & Keusahawanan Negeri Selangor, hadir bagi acara pelepasan bagi peringkat ke-4.

Turut hadir bersama Yang Berhormat Puan Pang Sock Tao, Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Bharu, YBrs. Tuan Yuhanas Auree bin Kamaruddin, Pegawai Daerah Hulu Selangor,

YBrs. Puan Julaihah binti Jamaluddin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor, serta Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan tradisional tempatan. Para pelumba telah menguji ketahanan dan kepantasan mereka sepanjang laluan sejauh 131.2KM dari Kuala Kubu Bharu ke Bentong melibatkan tiga zon pecutan yang mendebarkan di Raub, Sungai Ruan, dan Sungai Klau.

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 15 Oktober 2024, 07:18:15.
Jumlah Pelawat :
00856018

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015