Kursus Pengurusan Haiwan Terbiar Tingkat Keupayaan JMB dan MC Kediaman Strata

Kursus Pengurusan Haiwan Terbiar Tingkat Keupayaan JMB dan MC Kediaman Strata

Bukit Sentosa, 14 Disember 2024 – Sebanyak 22 Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC) dari kawasan strata sekitar Hulu Selangor menyertai Kursus Pengurusan Haiwan Terbiar, satu inisiatif strategik untuk menangani isu kucing dan anjing terbiar di kawasan kediaman bertingkat.

Program ini dianjurkan oleh Unit Kawalan Haiwan Terbiar (UKHT), Bahagian Kelestarian dan Kesejahteraan Komuniti (KesKom), dengan matlamat memperkukuhkan pengetahuan peserta mengenai pengurusan haiwan terbiar secara profesional dan mematuhi Akta Kebajikan Haiwan 2015 serta Akta Pengurusan Strata 2013.

Presiden Akademi Haiwan Malaysia, Arie Dwi Andika, bertindak sebagai penceramah utama, berkongsi panduan dan maklumat berkaitan tatacara pengurusan haiwan yang betul berlandaskan perundangan sedia ada. Peserta turut mengambil bahagian dalam sesi soal jawab interaktif untuk membincangkan cabaran serta mencari penyelesaian efektif terhadap isu haiwan terbiar di komuniti masing-masing.

Turut hadir memberikan sokongan ialah Yang Dipertua MPHS, Puan Julaihah binti Jamaludin, bersama Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (JPSPPA), Encik Mohd Shahril bin Ramli, serta Ketua Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB), Puan Nurul Asshima binti Aminullah.

Sebagai tambahan, satu sesi khas mengenai pengurusan sisa domestik dan pukal turut diadakan bersama wakil dari KDEB Waste Management, Encik Kamal, bagi memberikan panduan kepada JMB dan MC tentang langkah-langkah meningkatkan kecekapan pengurusan sisa di kawasan masing-masing.

Program ini merupakan salah satu usaha MPHS untuk memperkasakan pihak pengurusan strata dalam menangani isu kebersihan dan haiwan terbiar, sejajar dengan hasrat untuk meningkatkan kesejahteraan komuniti dan memperkukuhkan kualiti hidup di Hulu Selangor.

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 20 Disember 2024, 04:01:30.
Jumlah Pelawat :
00890708

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015