Rawang, 7 Disember 2024-Bersempena dengan Hari Keputeraan Sultan Selangor yang ke-79 pada 11 Disember 2024 yang akan datang, Pejabat Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Selangor (MSN) telah mengambil peluang untuk mengadakan Program Selangor Bypass Half Marathon 2024.
Sesi perasmian dan flag off telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor dan Yang Berhormat, Tuan Mohd Najwan bin Halim, EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor bersama - sama tetamu kehormat yang lain.
Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) juga tidak melepaskan peluang untuk turut terlibat dalam program tersebut sebagai tanda sokongan terhadap program - program kerajaan negeri, terutamanya yang berkaitan dengan pembangunan komuniti dan gaya hidup sihat.
YBrs. Puan Julaihah binti Jamaluddin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) juga turut mengambil bahagian dalam acara Rawang Bypass Run kategori 6 km. Kehadiran beliau sebagai peserta bukan sahaja memberi inspirasi kepada masyarakat setempat untuk mengamalkan aktiviti gaya hidup sihat, tetapi juga mencerminkan komitmen kerajaan tempatan dalam mempromosikan kesejahteraan rakyat.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon