Sesi Taklimat berkaitan Program Pembangunan Dan Pelaksanaan QE 5.0 bersama pihak Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)

TAKLIMAT PROGRAM PEMBANGUNAN DAN PELAKSANAAN QE 5.0, (PERSEKITARAN BERKUALITI (QE5.0)

Kuala Kubu Bharu, 5 Disember 2024- Majlis Perbandaran Hulu Selangor telah mengadakan satu sesi taklimat berkaitan Program Pembangunan Dan Pelaksanaan QE 5.0 bersama pihak Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

Taklimat ini diadakan untuk memperkenalkan Quality Environment 5.0 (QE5.0) oleh MPC kepada Majlis Perbandaran Hulu Selangor yang melaksakan program tersebut pada tahun hadapan.Program QE 5.0 yang direka untuk meningkatkan produktiviti dan kelestarian melalui pengurusan moden dan amalan hijau. Dengan menggabungkan pengurusan lean, teknologi pintar, dan inisiatif lestari, QE5.0 membuka jalan ke arah masa depan yang lebih hijau dan cekap.

Taklimat yang disampaikan oleh Pihak MPC terdiri daripada Encik Mokhzani Aris Mohd Yusoff (Timbalan Pengarah MPC),Hj. Zaki Jaafar, Encik Sabri Hasan dan Puan Ati Djam Seri Montoi dihadiri oleh Encik Mohd Norazif bin Ahmad Tamsis, P.P.T (Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan), Puan Junainah binti Abdullah (Ketua Bahagian Korporat merangkap Penyalaras 5S), Jawatankuasa Induk 5S, Wakil Juruaudit Kualiti Dalaman serta Wakil Penyelaras Zon 5S.

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 20 Disember 2024, 04:01:30.
Jumlah Pelawat :
00890725

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015