Kursus Penulisan Penambahbaikan Dokumen Rasmi Kerajaan

KURSUS PENULISAN PENAMBAHBAIKAN DOKUMEN RASMI KERAJAAN (MINIT MESYUARAT, KERTAS KERJA DAN LAPORAN) MPHS 2025.

Kuala Lumpur, 20 Februari 2025. Kursus Penulisan Penambahbaikan Dokumen Rasmi Kerajaan (Minit Mesyuarat, Kertas Kerja dan Laporan) ini sebagai usaha MPHS memberi pendedahan kepada kakitangan terlibat dalam penyediaan dokumen rasmi mengikut garis panduan serta pekeliling yang sedang berkuatkuasa.

Kursus yang diadakan selama tiga hari ini telah dikendalikan oleh Puan Noorliza binti Abu Bakar, Munsyi Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka. Seramai 36 orang peserta dari pelbagai jabatan MPHS telah menyertai kursus ini yang diurusetiakan oleh Jabatan Khidmat Pengurusan MPHS.

Dengan penganjuran kursus ini diharapkan agar semua urus setia mesyuarat di peringkat MPHS dapat menyeragamkan penyediaan dokumen rasmi kerajaan mengikut format yang betul dan tepat.

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#MPHS2025

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Khamis 13 Mac 2025, 01:36:13.
Jumlah Pelawat :
00954932