Kursus Penyelenggaraan Landskap 2025

Kursus Penyelenggaraan Landskap 2025

Telah berlangsung selama 3 hari berturut - turut, Kursus Pemantapan Penyelenggaraan Landskap anjuran Majlis Perbandaran Hulu Selangor 2025 di Rumah Hutan Terapi Alam, Batang Kali. Kursus kali ini mencatatkan penyertaan paling tinggi dengan seramai 77 orang peserta, termasuk 15 orang wakil PBT dari Majlis Bandaraya Diraja Klang, Majlis Perbandaran Kuala Langat, Majlis Perbandaran Kuala Selangor, Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Majlis Perbandaran Pengerang dan Majlis Perbandaran Kuantan.

Turut serta, seramai 62 orang kontraktor panel penyelenggaraan Jabatan Landskap MPHS serta luar antaranya daripada Sarawak!

Bagi anjuran kursus pada kali ini, Jabatan telah menjemput seorang jurulatih CIDB bertauliah dibawah kod bidang CE14 & B09 dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang penyelenggaraan landskap dan pengurusan fasiliti, Encik Zainudin Daud. Beliau juga merupakan perunding bebas pengurusan fasiliti untuk projek konsesi Pusat Asasi UiTM Dengkil, Selangor.

Kursus pada tahun ini menampilkan kelainan dengan membawa para peserta kursus menyertai persidangan Antarabangsa World Landscape Architecture Month 2025 dimana ini adalah satu platform hebat untuk membuka minda dan bertukar idea dengan profesional dari dalam dan luar negara.

Manakala pada hari Kedua adalah fokus kepada pengisian ilmu dengan membawa peserta mendalami topik topik berikut ;

  • Topik 1: Pengenalan, senarai isu & keutamaan penyelenggaraan landskap
  • Topik 2: Asas reka bentuk landskap
  • Topik 3: Prinsip sistem kualiti untuk penyelenggaraan landskap dengan pendekatan PDCA (Plan-Do-Check-Action)

Pada sebelah petang, para peserta telah dibawa turun ke tapak bagi sesi site demonstration & landscape inspection oleh para peserta sendiri di Taman Awam Semarak, Batang Kali.

Pada Hari Terakhir, para peserta membentangkan hasil dapatan di tapak secara berkumpulan dengan panduan melalui Topik 4 iaitu Maintenance Strategy & Technology.

Alhamdulillah kursus kali ini berjaya membawa kelainan dan maklum balas yang diterima oleh para peserta amat positif.

Jabatan Landskap MPHS mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta yang komited untuk melengkapkan semua topik sepanjang kursus ini berlangsung.

Jumpa lagi di tahun hadapan!

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Isnin 28 April 2025, 03:44:49.
Jumlah Pelawat :
00979388

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015