Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Inovasi MALA 3.0 Piala YB Menteri KPKT
Satu majlis penuh gilang-gemilang telah berlangsung pada 25 April 2025 bertempat di Dewan Kenanga, Menara MBJB bagi meraikan inovasi terbaik daripada Pihak Berkuasa Tempatan seluruh negara.
Majlis dirasmikan oleh Presiden Persatuan PBT Malaysia (MALA) dan turut menyaksikan pelancaran lagu serta buku Tinta MALA, di samping penyampaian hadiah kepada para pemenang Pertandingan Inovasi 3.0.
Kumpulan ASPIRE berjaya meraih tempat ke-18, membawa pulang
- Wang tunai RM500
- *Geran Projek BP1 bernilai RM30,000*
- Trofi penghargaan
Kumpulan Nova Tech pula telah mencatat kejayaan cemerlang dengan dengan meraih tempat ke-7, sekaligus membawa pulang:
- Wang tunai RM500
- *Geran Projek BP1 bernilai RM35,000*
- Trofi penghargaan
Sekalung tahniah diucapkan kepada kedua-dua kumpulan atas dedikasi dan usaha inovatif mereka. Syabas juga kepada semua yang terlibat atas komitmen dan semangat luar biasa yang ditunjukkan!
#MPHS #InovasiMPHS #PBTMaju #MALA3 #Aspire #NovaTech #KPKT #MajlisPerbandaranHuluSelangor #MalaysiaMadani
#HuluSelangorBandarRendahKarbon