LAWATAN KERJA KE LEMBAH BERINGIN, SUNGAI CHOH, DAN TAMAN SERENDAH MAKMUR
Hulu Selangor, 20 Disember 2024 – Yang Dipertua MPHS, Puan Julaihah Jamaludin, bersama Jabatan Teknikal MPHS, termasuk Pengarah Kejuruteraan, Puan Sharifah Atan, dan Ahli Majlis Zon 7, En. Srikanth a/l Santrakandm, melaksanakan lawatan kerja ke beberapa lokasi untuk menilai infrastruktur dan pembangunan setempat, selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).
1. Lembah Beringin
Lawatan menumpukan kepada penambahbaikan infrastruktur seperti lampu jalan, kestabilan cerun dan sistem perparitan. YDP turut meninjau laluan yang menghubungkan Lembah Beringin ke Pekan Kerling, di mana sebahagian laluan tersebut melalui tanah hakmilik swasta.
2. Sungai Choh
Tapak cadangan pembangunan perumahan berhampiran Lebuhraya Rawang Bypass dan Kampung Sungai Choh turut dikunjungi. MPHS memastikan setiap pembangunan mematuhi garis panduan, dengan penekanan kepada impak positif kepada kawasan sekitar, sejajar dengan SDG 11: Bandar dan Penempatan Mampan.
3. Taman Serendah Makmur
Projek pembinaan jalan baru yang telah disiapkan dikunjungi untuk menilai keberkesanannya dalam meningkatkan keselesaan penduduk. Selain itu, MPHS telah merancang pembinaan dewan komuniti terbuka pada 2025 sebagai usaha memperluas kemudahan awam bagi masyarakat, menyokong SDG 9: Infrastruktur Mampan.
Lawatan ini mencerminkan komitmen MPHS terhadap pembangunan mampan yang inklusif dan mesra komuniti, dengan keutamaan diberikan kepada kesejahteraan rakyat dan pembangunan berimpak positif.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon