Lawatan Kerja Rasmi ke Perbadanan Putrajaya (PPj)

Lawatan Kerja Rasmi ke Perbadanan Putrajaya (PPj)

Putrajaya, 18 Februari 2025 – Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah mengadakan satu lawatan kerja rasmi ke Perbadanan Putrajaya (PPj) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh inisiatif Bandar Pintar yang mampan. Lawatan ini bertujuan sebagai penanda aras bagi MPHS dalam melaksanakan teknologi bandar pintar yang menyokong pembangunan inklusif, ekonomi hijau, dan kesejahteraan masyarakat, selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

Delegasi lawatan diketuai oleh YBrs. TPr. Gs. Azlina binti Mokhtar, Pengarah Jabatan Perancang Bandar, MPHS bersama Pengarah-pengarah Jabatan dalaman serta Penyelaras Bandar Pintar MPHS.

Lawatan telah disambut oleh YBrs. Encik Amran bin Ashaari, Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Jabatan Perkhidmatan Korporat, yang mewakili Dato' TPr. Fadlun bin Mak Ujud, Presiden PPj, bersama pegawai-pegawai PPj.

Sebagai sebahagian daripada komitmen terhadap pembangunan bandar yang inklusif dan mampan (SDG 11: Bandar dan Komuniti Mampan), PPj telah membentangkan pelbagai inisiatif yang telah dilaksanakan, termasuk penggunaan teknologi pintar untuk meningkatkan keberkesanan perkhidmatan bandar, mempercepatkan transformasi digital (SDG 9: Industri, Inovasi dan Infrastruktur), serta mewujudkan peluang pekerjaan dalam sektor inovasi dan teknologi. Delegasi turut melawat Command Centre PPj, yang memainkan peranan penting dalam pemantauan operasi bandar secara masa nyata menggunakan data raya (big data), kecerdasan buatan (AI), dan Internet of Things (IoT).

Lawatan ini merupakan sebahagian daripada agenda Bengkel 'Focus Group Discussion (FGD) Bersama PLANMalaysia Bagi Pengiktirafan Perbandaran Pintar Hulu Selangor' yang diadakan pada 18 – 19 Februari 2025 di Putrajaya. Inisiatif ini mengukuhkan lagi usaha MPHS dalam memperluaskan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak berkepentingan bagi mempercepatkan pembangunan bandar pintar (SDG 17: Perkongsian untuk Matlamat).

MPHS mengucapkan ribuan terima kasih di atas perkongsian ilmu dan pengalaman yang diberikan oleh Perbadanan Putrajaya, yang menjadi rujukan dalam pembangunan bandar pintar. Lawatan ini diharapkan dapat mempercepatkan transformasi MPHS ke arah Daerah Digitalisasi, Inklusif dan Berdaya Maju.

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Khamis 20 Februari 2025, 09:46:29.
Jumlah Pelawat :
00939297

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015