MAJLIS PERASMIAN DAN PENUTUPAN KLINIK SUKAN MSN - MYSKILLS FOUNDATION
18 FEBRUARI 2024, KALUMPANG : Puan Julaihah Jamaludin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) meluangkan masa menghadiri Majlis Perasmian dan Penutupan Klinik Sukan MSN – MySkills Foundation anjuran Majlis Sukan Negara (MSN) dengan kerjasama MySkills Foundation bertempat di Kampus MySkills, Kalumpang, Selangor semalam.
Majlis yang dirasmikan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan ini dianjurkan bertujuan sebagai platform untuk meluaskan talent pool sukan dalam kalangan kanak-kanak dan belia.
Klinik Sukan Olahraga dan Hoki ini telah mendapat sambutan seramai 100 orang peserta dalam kalangan belia setempat.
YB Menteri bersama jemputan yang hadir turut dibawa melawat fasiliti yang terdapat di Kampus MySkills & Pusat Latihan Kemahiran Holistik TVET.
Tahniah kepada pihak penganjur di atas penganjuran program ini yang dilihat dapat memberikan impak yang positif kepada warga Hulu Selangor dalam melahirkan golongan belia yang aktif dan berkemahiran dalam bidang sukan dan TVET.
Hadir sama YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatakarasu, Ketua Setiausaha KBS, YB Pang Sock Tao, ADUN Kuala Kubu Bharu dan ahli majlis MPHS.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon