LAWATAN TAPAK PROJEK DATARAN WARISAN, KUALA KUBU BHARU.
17 FEBRUARI 2025, KUALA KUBU BHARU : Satu lawatan tapak projek telah dilaksanakan bagi melihat kerja-kerja akhir kontraktor yang dilantik oleh Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) bagi projek Pembangunan dan Pembinaan Dataran Warisan Kuala Kubu Bharu (Fasa 3).
Projek ini telah bermula pada 12/9/2024 dan telah tamat pada 12/2/2025 oleh pihak kontraktor. Sehubungan itu, lawatan yang diketuai oleh Tuan Awaluddin Zakaria, Setiausaha MPHS ini dilaksanakan bertujuan untuk melakukan pemeriksaan menyeluruh terhadap kerja pembinaan yang telah siap, termasuk struktur bangunan, sistem elektrik, sistem paip, kemasan, dan sebarang elemen lain bagi memastikan bahawa kerja-kerja pembinaan telah dilaksanakan mengikut spesifikasi teknikal dan piawaian yang telah ditetapkan dalam kontrak.
Selain itu, ianya juga bagi memastikan semua item kerja telah disiapkan dengan memuaskan serta pengesahan bahawa semua syarat-syarat keselamatan dan peraturan bangunan telah dipatuhi.
Turut hadir bersama Shaiful Rizza HJ.Piamin, Pengarah Perbendaharaan, Fadhil Mohd Lani, Pengarah Jabatan Landskap, Md.Rizal Mohd Sofian @ Abd Karim, Pengarah Jabatan Bangunan, Amlie Ismail, Pengarah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, wakil Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam serta wakil daripada Perunding MDLA Design Sdn. Bhd. dan pihak kontraktor.
Diharapkan dengan pembangunan Dataran Warisan ini menjadikan ia sebagai lokasi tumpuan pelancongan baharu yang mana ia di ‘suntik’ dengan elemen nilai sejarah Kuala Kubu Bharu untuk informasi dan tatapan pelancong.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon