Seminar "Parents Digital Bersama Keselamatan Kanak-Kanak"

PARENTS DIGITAL BERSAMA KESELAMATAN KANAK-KANAK 2025

Bukit Beruntung, 15 Februari 2025 – Seminar "Parents Digital Bersama Keselamatan Kanak-Kanak" telah berlangsung dengan jayanya di Dewan JMB Anggerik, Bukit Beruntung, Hulu Selangor. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran ibu bapa mengenai keselamatan kanak-kanak dalam dunia digital dan ancaman keselamatan yang dihadapi oleh mereka, baik secara fizikal, mental, mahupun dalam persekitaran siber.

Acara ini telah dirasmikan oleh Puan Rozana Binti Zainal Abidin, Ahli Lembaga Pengarah WBS. Turut hadir adalah tetamu kehormat seperti YB Lim Yi Wei, Ahli Dewan Negeri Selangor; Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS); Dr. Sathia Prakash Nadarajan, Penyelaras Parlimen Hulu Selangor; En. Shaifudin Shafi, Penyelaras DUN Batang Kali; serta wakil dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Seminar ini mengupas pelbagai isu penting berkaitan keselamatan kanak-kanak, termasuk keselamatan fizikal, emosi, pendidikan keselamatan diri, serta keselamatan dalam dunia siber.

Penganjuran seminar ini adalah hasil kerjasama Ahli Majlis Zon 21, Pn. Hayati Binti Chat MPHS bersama Wanita Berdaya Selangor (WBS) dan beberapa organisasi lain termasuk Melissa, Akademi Kepimpinan Wanita, serta sokongan penuh daripada kerajaan negeri Selangor menerusi inisiatif #KitaSelangor.

Seminar ini diharapkan dapat membuka mata masyarakat tentang kepentingan keselamatan kanak-kanak dalam dunia moden dan memperkasakan peranan ibu bapa dalam mendidik serta melindungi anak-anak mereka daripada ancaman fizikal, mental, dan digital.

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitHuluSelangor

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Khamis 20 Februari 2025, 09:46:29.
Jumlah Pelawat :
00939297

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015