Lawatan Majlis Daerah Dabong ke Hulu Selangor

LAWATAN MAJLIS DAERAH DABONG KE HULU SELANGOR

Hulu Selangor, 23 Disember 2024: Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dengan berbesar hati menerima kunjungan delegasi dari Majlis Daerah Dabong, Kelantan, dalam usaha memperkukuh kerjasama antara daerah bagi menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) iaitu SDG 17-Perkongsian untuk Matlamat.

Delegasi tersebut telah diketuai oleh Yang Dipertua, Tuan Wan Fahazil bin Wan Mohamad Jaffar, bersama 40 kakitangan Majlis Daerah Dabong. Lawatan ini juga turut disertai oleh dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), iaitu Yang Berhormat Tuan Mohd Fauzi bin Abdullah (ADUN Manek Urai) dan Yang Berhormat Ku Mohamad Zaki bin Ku Husin (ADUN Dabong).

Hadir sama menyambut kunjungan ialah Yang Dipertua MPHS, Puan Julaihah binti Jamaludin, Setiausaha MPHS, Tuan Awaluddin bin Zakaria, Tuan Shaiful Rizza bin Hj Piamin, Pengarah Jabatan Perbendaharaan serta Puan Nurulhuda Ahmad binti Khairuddin, Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat, MPHS.

Lawatan ini dimulakan dengan sesi perkongsian ilmu (sharing session) berkenaan Program Pemurnian Pelancongan (P3S) Inap Dusun dan tapak perkhemahan oleh Tuan Awaluddin bin Zakaria, Setiausaha MPHS. Manakala, sesi kedua berkenaan Rakan Strategik Pelancongan Daerah (RSPD) dan aktiviti sukan lasak pula dibentangkan oleh Puan Nurulhuda Ahmad binti Khairuddin, Pengarah Jabataan Pembangunan Masyarakat.

Sesi perkongsian ilmu ini juga turut menjemput Penghulu Mukim Kerling/Sungai Tinggi, Encik Mohamad Zaim bin Mohaimin mewakili MPKK Kerling yang bertanggungjawab dalam menjaga Kawasan Rekreasi Kolam Air Panas Kerling juga merupakan salah seorang Rakan Strategik Pelancongan Daerah (RSPD) MPHS.

Delegasi juga turut dibawa melawat ke sekitar Lorong Seni dan Pelancongan Kuala Kubu Bharu bagi memberi pendedahan secara nyata mengenai pelancongan di Hulu Selangor. Lawatan berakhir di Fraser Valley, Kuala Kubu Bharu dimana wakil dari Fraser Valley memberi perkongsian dan lawatan mengenai inap dusun mereka.

Objektif utama lawatan adalah untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan mengenai tiga teras utama eko-pelancongan di Hulu Selangor, iaitu Inap Dusun, Rakan Strategik Pelancongan Daerah (RSPD), dan aktiviti sukan lasak, selaras dengan komitmen kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), khususnya dalam aspek pembangunan komuniti, pemeliharaan alam sekitar, dan kemakmuran ekonomi tempatan iaitu SDG 8-Pekerjaan Yang Baik dan Pertumbuhan Ekonomi, SDG 11-Bandar dan Komuniti Mampan.

Diharapkan melalui perkongsian ini, usaha memajukan sektor eko-pelancongan di kedua-dua daerah dapat menyumbang kepada pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan secara holistik.

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitHuluSelangor

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 27 Disember 2024, 03:52:51.
Jumlah Pelawat :
00894802

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015