LAWATAN KERJA KE KAMPUNG AIR PANAS, KERLING
KERLING, 25 Disember 2024 – Yang Berhormat Puan Pang Sock Tao, ADUN Kuala Kubu Bharu, bersama Puan Julaihah Jamaludin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), Puan Law Suet Peng, Ahli Majlis Zon 6, serta wakil Jabatan Kejuruteraan MPHS telah mengadakan lawatan kerja ke Kampung Air Panas, Kerling yang terjejas akibat banjir kilat baru-baru ini.
Lawatan ini bertujuan menilai situasi dan mengenal pasti penyelesaian segera dan jangka panjang bagi memastikan insiden banjir kilat dapat ditangani dengan lebih berkesan serta dielakkan daripada berulang.
Kerjasama erat antara pihak berkuasa dan masyarakat setempat amat diperlukan bagi memastikan pelaksanaan tindakan mitigasi dapat dijalankan dengan jayanya.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon