LAWATAN PERKONGSIAN ILMU PENGETAHUAN BERKAITAN TATACARA PEROLEHAN BAGI PELANTIKAN PERUNDING DAN PENGURUSAN PROJEK DARIPADA MAJLIS DAERAH TANJONG MALIM (MDTM) KE MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR (MPHS)
Kuala Kubu Bharu, 16 April 2025 – MPHS telah menerima kunjungan delegasi daripada Majlis Daerah Tanjong Malim yang diketuai oleh En Amir bin Ahmad, Penolong Pegawai Senibina, Jabatan Kejuruteraan, MDTM bagi lawatan perkongsian ilmu berkaitan proses tatacara perolehan berkaitan pelantikan perunding dan pengurusan projek di kawasan MPHS.
Delegasi tersebut telah disambut oleh En Mohd Heiri Helmi bin Abu Bakar, Penolong Pegawai Senibina, Jabatan Bangunan mewakili Pengarah Jabatan Bangunan beserta kakitangan Jabatan Bangunan, MPHS.
Taklimat perkongsian ilmu ini telah disampaikan oleh Cik Norazimah binti Arshad, Ketua Bahagian Perolehan, MPHS dan En Mohd Aizad bin Ishak, Penolong Pegawai Senibina selaku Ketua Unit Rekabentuk dan Projek Jabatan Bangunan, MPHS
Diharapkan dengan perkongsian ilmu daripada pihak MPHS ini dapat membantu dan memberikan pengetahuan baharu kepada delegasi MDTM berkaitan proses tatacara perolehan berkaitan pelantikan perunding dan pengurusan projek kelak.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon