KURSUS PEMAHAMAN STANDARD BAHARU DAN PERSEDIAAN DOKUMENTASI MS ISO/IEC 27001:2022 – INFORMATION SECURITY MANAGEMENT SYSTEM (ISMS), MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR 2025.
Subang Jaya, 18 April 2025 : Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menerusi Bahagian Teknologi Maklumat telah mengadakan Kursus Pemahaman Standard Baharu MS ISO/IEC 27001:2022 –Information Security Management System (ISMS) bertempat di Empire Hotel Subang, Subang Jaya, Selangor selama 3 hari bermula pada 16 hingga 18 April 2025.
Kursus ini telah dikendalikan oleh Encik Khalid bin Libar, Perunding SIRIM Academy bertujuan memberikan pendedahan dan pengenalan tentang standard baharu MS ISO/IEC 27001:2022 (ISMS) bagi penyediaan pelan keselamatan siber dan maklumat komprehensif yang mampu melindungi kepentingan aset-aset serta maklumat daripada kesan kegagalan atau kelemahan dari segi kerahsiaan, integriti, kebolehsediaan, kesahihan maklumat dan komunikasi.
Hal ini selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), khususnya SDG 9 (Industri, Inovasi & Infrastruktur), SDG 16 (Keamanan, Keadilan & Institusi yang Teguh) dan SDG 17 (Perkongsian Matlamat).
Persediaan dokumentasi bagi MS ISO/IEC 27001:2022 –Information Security Management System (ISMS) turut dilaksanakan dengan bimbingan Encik Mohd Hafizuddin bin Zaiham, Perunding dari Laman Teknologi. Disamping itu, Mesyuarat Jawatankuasa ISMS bil. 1/2025 turut diadakan.
Seramai 22 orang Ahli Jawatankuasa Information Security Management System (ISMS) MPHS telah hadir yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan pelbagai Jabatan/Bahagian/Unit di MPHS. Turut hadir bersama Awaluddin Zakaria, Setiausaha MPHS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Information Security Management System (ISMS) MPHS.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon