LAWATAN YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR (MPHS) KE LADANG TERNAKAN AYAM
Kerling, 11 Januari 2025 - Yang Dipertua MPHS, Puan Julaihah binti Jamaludin telah mengadakan satu lawatan kerja ke ladang ternakan ayam.
Lawatan kerja tersebut turut disertai oleh Setiausaha MPHS Tuan Awaludin Bin Zakaria, Ahli Majlis Puan Elyn Law Suet Peng, Pengarah Jabatan Perancang Bandar, Pengarah Jabatan Penguatkuasaan dan wakil-wakil daripada Jabatan Teknikal MPHS.
Sesi lawatan kerja tersebut dimulakan dengan sesi penerangan oleh pihak syarikat mengenai pengurusan ladang ternakan ayam.
Sesi lawatan kerja diakhiri dengan melawat ke beberapa kawasan sekitar kilang bagi melihat keadaan sebenar pengoperasian di dalam ladang tersebut.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon