MAJLIS DIALOG PEMBERDAYAAN KOMUNITI BERSAMA YB EXCO PEMBANGUNAN WANITA DAN KEBAJIKAN NEGERI SELANGOR
KALUMPANG, 11 Januari 2025: Bertempat di Dewan Orang Ramai Kalumpang telah berlangsung Majlis Dialog Pemberdayaan Komuniti bersama YB EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Negeri Selangor, YB Puan Anfaal binti Saari.
Turut hadir, Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Tuan Awaluddin bin Zakaria, Setiausaha Majlis Perbandaran Hulu Selangor, ahli-ahli majlis, serta penerima sumbangan bakul makanan sekitar Hulu Selangor.
Program ini merupakan anjuran Pejabat Ahli Majlis MPHS Zon 5 Kalumpang yang diketuai oleh Encik Abdul Mun’im bin Roslin, dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Peduli Hulu Selangor.
Terdapat enam (6) sesi taklimat dan booth pameran diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan informasi berkenaan inisiatif-inisiatif kebajikan yang dilaksanakan di Negeri Selangor khususnya kepada penduduk-penduduk di sekitar Hulu Selangor.
Elemen Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) turut diterapkan dalam program ini, khususnya:
- SDG 3: Kesihatan dan Kesejahteraan yang Baik – melalui program kesedaran kebajikan dan penjagaan komuniti.
- SDG 11: Bandar dan Komuniti yang Mampan – dengan menekankan kempen kitar semula dan inisiatif karbon rendah seperti SIDINA dan SERUKO.
Puan Nurulhuda Ahmad Binti Khairuddin, Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat MPHS, menjadi wakil MPHS untuk menyampaikan taklimat berkenaan pelbagai inisiatif yang dilaksanakan di MPHS. Dalam penyampaiannya, beliau turut menerangkan program seperti MPHS Prihatin, Program Anak Istimewa, kempen kitar semula seperti SIDINA dan SERUKO, serta aplikasi MPHSGO yang menyediakan perkhidmatan seperti aduan atas talian, pembayaran cukai taksiran dan lain-lain perkhidmatan MPHS.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon