MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR TERIMA LAWATAN DUE DILIGENCE BAGI PEMAKAIAN AKTA PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM 2007 (AKTA 672)
Hulu Selangor, 10 Januari 2025 – Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah menerima kunjungan delegasi seramai 20 orang daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN), dan SWCorp untuk sesi Due Diligence berkaitan pemakaian Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).
Lawatan yang bermula pada 8 Januari ini bertujuan menilai pelaksanaan dan keberkesanan dasar serta perundangan berkaitan pengurusan sisa pepejal di kawasan pentadbiran MPHS. Sepanjang tiga hari, delegasi terlibat dalam pelbagai sesi, termasuk mesyuarat bagi membincangkan inisiatif sedia ada dan pelan penambahbaikan pengurusan sisa pepejal. Delegasi turut melawat lokasi strategik seperti pusat pengumpulan sampah, tapak pelupusan, dan pusat kitar semula di sekitar Hulu Selangor. Hari ini, sesi libat urus bersama ahli majlis turut diadakan untuk mendapatkan maklum balas.
Lawatan ini penting bagi menyokong dan mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030 melalui SDG 3: Kesihatan Yang Baik dan Kesejahteraan, SDG 11: Bandar dan Komuniti Mampan serta SDG 17:Kerjasama Demi Matlamat.
MPHS merakamkan ucapan terima kasih kepada KPKT, JPSPN, dan SWCorp atas sokongan padu yang berterusan. MPHS bertekad untuk terus melangkah maju bagi memastikan persekitaran yang bersih, selamat, dan lestari demi kesejahteraan penduduk Hulu Selangor.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon