PROGRAM BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT KAKITANGAN MPHS 2025
MPHS, 10 Januari 2025, Jumaat bersamaan 10 Rejab 1446H. Program Bacaan Yasin dan Doa Selamat bersama Pegawai dan Kakitangan MPHS ini telah berlangsung di Dewan Mesyuarat Chiling MPHS pagi ini bersempena memulakan tahun baharu 2025.
Acara dimulakan dengan Bacaan Yasin yang diketuai oleh Encik Abdullah Shahrul bin Rosli (Ketua Unit Integriti, MPHS) dengan dihadiri kakitangan MPHS. Hadir sama YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin ,Yang Dipertua MPHS, Tuan Awaluddin bin Zakaria, Setiausaha MPHS serta semua Pengarah dan Ketua Bahagian/ Ketua Unit.
Puan YDP mengharapkan agar pelaksanaan program bersifat kerohanian ini dapat diadakan secara lebih kerap kerana ia amat penting untuk seseorang itu dapat memuhasabah diri serta tidak menghadapi tekanan atau stress dalam tugasan harian di MPHS.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon