Perkongsian Inisiatif Ease Of Doing Business In Hulu Selangor

06 Januari 2025 (Isnin) - Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah dijemput untuk berkongsi pengalaman dalam menjalankan ‘Ease Of Doing Business In Hulu Selangor’ semasa Bengkel Libat Urus Penyelarasan & Penyeragaman Amalan Terbaik PBT di Amverton Cove Golf & Island Resort, Pulau Carey.

Bengkel ini anjuran bersama Pejabat Selangor Lembah Klang Raya, Perbadanan Menteri Besar dan Invest Selangor yang telah dirasmikan oleh Y.B. Dato' Ng Suee Lim, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kerajaan Tempatan, Pelancongan, Pembangunan Kampung Baru.

Pembentangan telah disampaikan oleh Ybrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS berkaitan inisiatif MPHS yang telah disediakan di dalam Ease Of Doing Business In Hulu Selangor iaitu MPHS14, MPHS14Flagship, MPHS16J dan MPHS8J.

Ease Of Doing Business In Hulu Selangor ini merupakan satu inisiatif yang dirangka bagi memudahkan pelabur untuk melabur dan membuka perniagaan di Hulu Selangor. Inisiatif ini merangkumi kemudahan untuk kelulusan pelan pembangunan dan permohonan lesen perniagaan.

Pelaksanaan inisiatif ini merupakan agenda MPHS dalam menyokong Matalamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030 iaitu SDG 8 : SDG 8: Pekerjaan Yang Baik dan Pertumbuhan Ekonomi, SDG 9: Industri, Inovasi, dan Infrastruktur dan SDG 11: Bandar dan Komuniti yang Mampan.

Ini selaras dengan aspirasi YAB Dato Menteri Besar Selangor semasa Ucapan Belanjawan Negeri Selangor 2025 yang menggariskan keperluan Insiatif Speed Selangor menjelang April 2025.

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 08 Januari 2025, 04:17:55.
Jumlah Pelawat :
00906426

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015