Majlis Bacaan Yasin, Doa Selamat dan Tazkirah Perdana

MAJLIS BACAAN SURAH YASIN, DOA SELAMAT DAN TAZKIRAH PERDANA SEMPENA ULANG TAHUN KETIGA MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR.

21 Oktober 2024 (Isnin) bersamaan 18 Rabi’ul Akhir 1446H. Bersempena ulang tahun ketiga Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) yang bertarikh 21 Oktober 2024, telah diadakan Majlis Bacaan Yasin, Doa Selamat dan Tazkirah Perdana bertempat di Masjid Jamek Ar-Rahimah Kuala Kubu Bharu.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Ahmad Naemmuddeen bin Adnan, Imam Rawatib Masjid Jamek Ar-Rahimah Kuala Kubu Bharu dengan dihadiri Ahli Majlis, pegawai dan kakitangan MPHS. Hadir sama Penolong Setiausaha MPHS, Encik Shaiful Rizza bin Haji Piamin, Yang Amat Dihormati Orang Kaya Mahabijaya Hulu Selangor Raja Dato’ Muzaffar bin Raja Redzwa, barisan Ahli Majlis, Pengarah dan Ketua Jabatan MPHS.

Majlis diteruskan dengan Tazkirah Perdana bertajuk "Perbandaran & Komuniti Indah Dalam Islam". Sesi tazkirah telah disampaikan oleh penceramah jemputan, Ustaz Nabil bin Ahmad, Pengurus Pematuhan Syariah TV Al-Hijrah.

Antara perkongsian yang telah disampaikan ialah berkaitan amalan-amalan dan contoh teladan dalam Sirah Nabi SAW yang boleh dilaksanakan bagi membentuk sebuah perbandaran dan komuniti indah dalam Islam. Pengisian yang ringkas dan cara penyampaian yang bersahaja telah menyentuh sanubari dan dapat mencuit hati penonton mendengar kisah-kisah yang dikongsi oleh penceramah.

#DaripadaAndaUntukAnda

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#HuluSelangorBandarPalingMampan

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#MPHS2024

#MajuPerkasaHasilSemua

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 25 Oktober 2024, 09:09:38.
Jumlah Pelawat :
00861540

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015