MPHS Diiktiraf Sebagai Bandar Paling Mampan Sempena Hpbs Peringkat Negeri Selangor 2024

MPHS DIIKTIRAF SEBAGAI BANDAR PALING MAMPAN SEMPENA HPBS PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2024

20 Oktober 2024, Ampang Jaya - Pada hari ini Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) sekali lagi dinobatkan sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kategori Perbandaran/Daerah Terbaik bagi Penghargaan Bandar Paling Mampan 2024 Peringkat Negeri Selangor berdasarkan kepada pencapaian dalam Pelaksanaan Jaringan Penunjuk Bandar Mampan Bandar - Luar Bandar (MURNinets).

Majlis yang berlangsung Sempena Majlis Perasmian Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Negeri Selangor Tahun 2024 bertempat di Laman Rekreasi Taman Tasek Tambahan, Ampang.

Majlis telah disempurnakan oleh DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj. Turut berangkat bersama pada majlis ini DYMM Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor.

Ybrs. Puan Julaihah Jamaludin, Yang Dipertua MPHS hadir menerima anugerah tersebut. MPHS menerima Sijil, Trofi dan Wang berjumlah RM 10,000.00. Turut menerima Anugerah Bandar Bandar Mampan Terbaik Kategori PBT Bandaraya adalah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Tahniah kepada seluruh warga kerja MPHS dan agensi yang terlibat dalam pelaksanaan MURNINets ini.

#KitaSelangorMajuBersama

#HuluSelangorBandarPalingMampan

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 25 Oktober 2024, 09:09:38.
Jumlah Pelawat :
00861540

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015