MAJLIS BERBUKA PUASA YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR
Kuala Kubu Bharu, 25 Mac 2025 : Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) mengadakan Majlis Berbuka Puasa Yang Dipertua MPHS bersama Ahli-Ahli Majlis dan Pengurusan tertinggi bertempat di Triverside Hall, Fraser Valley, Kuala Kubu Bharu.
Dalam majlis tersebut, Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS berbesar hati menyampaikan hamper raya kepada semua Ahli Majlis dan Pengarah Jabatan.
MPHS bertekad untuk terus komited melaksanakan tanggungjawab dan amanah kepada penduduk Daerah Hulu Selangor. Semoga bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini membawa ketenangan, keikhlasan, dan kesejahteraan kepada kita semua.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon