24 - 25 Mac 2025, Kalumpang- Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah mengadakan Kursus The 7 Habits of Highly Effective People yang melibatkan Pengurusan Tertinggi, Pengarah - Pengarah dan Ketua - Ketua Jabatan MPHS.
Kursus ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan diri, menggalakkan kepimpinan berasaskan nilai dan prinsip yang kukuh, meningkatkan kerjasama dan komunikasi, membangunkan pemikiran proaktif dan meningkatkan produktiviti dan kecekapan kerja.
Kursus ini bukan sahaja bermanfaat dalam konteks pekerjaan tetapi juga dalam kehidupan peribadi, menjadikan peserta lebih seimbang dan berkesan dalam setiap aspek kehidupan mereka.